Wednesday, April 29, 2009

AMALAN BAIK UNTUK KESELAMATAN DAN KESIHATAN PC ANDA

SEPERTI KITA SEDIA MAKLUM KOMPUTER MERUPAKAN NADI DALAM MELAKUKAN KERJA SEHARIAN DAN KITA SEDIA MAKLUM DIDALAM DUNIA TEKNOLOGI SEMPADAN DAN MASALAH KAPITALISME YANG AKAN MENGAKIBATKAN KITA MENGELUARKAN DUID YANG BANYAK UNTUK MEMBAIKI KEROSAKAN PC KITA. DI DALAM KOLOUM NIE GUA HENDAK MEMBERI TIPS TIDAK SEBERAPA UNTUK KITA KONGSI BERSAMA DAN PEPATAH MELAYU MENYATAKAN SEDIA PAYUNG SEBELUM HUJAN...................

Amalan-amalan ini ada sesetengahnya begitu mudah untuk dilakukan dan ada juga yang agakmemakan masa dan memerlukan sedikit pelaburan. Tetapi jika hendak difikirkan, apalah sangat anda mengeluarkan sedikit wang untuk keselamatan PC anda daripada perlu melabur sekali lagi bagi mendapatkannya semula sekiranya rosak, hilang dan sebagainya. Berikut antara perkara yang boleh dilakukan untuk keselamatan PC:


IMBASAN VIRUS Paling senang dan perlu ada sedikit kerajinan. Jadikan amalan setiap minggu atau selang tiga hari untuk jalankan imbasan antivirus dan anti-spyware pada PC anda. Anda juga perlu pastikan perisian antivirus sentiasa dikemaskini untuk mendapatkan perlindungan daripada serangan virus terkini.

PERIKSA SERTA MERTAJadikan amalan untuk serta merta memeriksa emel atau fail yang anda muat turun daripada sebarang virus atau aktiviti yang mencurigakan yang boleh mengancam keselamatan PC anda.

KATA LALUAN SELAMATSentiasa tukar kata laluan anda dan pastikan ianya tidak mudah diteka oleh orang lain. Tetapkan kata laluan untuk komputer dekstop dan komputer riba anda dan begitu juga sebaik-baiknya untuk peranti digital lain


AKSESORI TAMBAHANDapatkan aksesori tambahan seperti kunci komputer riba dan sebagainya untuk melindungi PC anda daripada kecurian atau kehilangan

PENDINGIN KOMPUTERDapatkan juga pendingin komputer untuk memastikan ianya sejuk dan mampu beroperasi dengan baik. Tempatkan PC anda kawasan yang tidak terlalu panas atau yang mempunyai aliran udara.

BERSIHKAN PC LUAR DALAMBersihkan PC anda luar dan dalam seperti membuang fail-fail yang tidak digunakan, memadam fail sambungan .exe yang mencurigakan, jalankan Disk Cleanup dan Disk Defragmenter secaraberkala. Bersihkan juga PC anda daripada habuk dan cecair serta bahan lain yang boleh merosakkan PC anda.

No comments:

Post a Comment